Label

SKIN REBEL COMUNITY

WELCOME TO ROCK N ROLL.....

Minggu, 07 November 2010

kata kata adam

:Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."

: "Kita bermula sebagai seorang yang baru."
: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang."

: "Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata,
kadang-kala kejian juga."

: "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."
: "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."
: "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan
tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."

: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan
kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

: "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."
: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."
: "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini
kita tidak berusaha mencapainya."

: "Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang
mengiurkan."

: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal."

: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa."

: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum
dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"
: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman
sahaja tahu akan erti kasih sayang."

: "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."
: "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."

: "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban
perkara-perkara yang kecil."

: "Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."
: "Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."
: "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta
nasihat daripada orang lain."

: "Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."
: "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana
memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

: "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
(Kiriman seorang kawan)

: "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu
untuk dia mendidik orang lain."

: "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka
janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."

: "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
: "Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."
: "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."

: "Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi"
: "Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia
mengetahui."

: Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih
: "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."

: "Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."
: "Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh
kerja hari ini untuk esok hari!"

: "Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan
itu tidak bergelora."

: "Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."
: "Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan
terus mengalir."

: "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama
menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

: "Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."
: "Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat"
: "Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."
: "Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."
: "Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna."
: "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."


Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
yang sangat berbisa."


"Do what you can with what you have right where you are." - Henry Truman.

Kata-kata Pujangga: "Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya."

Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut
kepadanya."


It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary

: " Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"


Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih
untuk merangkak sepanjang hayat."


: "Kemenangan bermula dari dalam diri."

Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula
hidup walaupun ia telah mati.


: "Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."


Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira)
kerana kerinduan."

: "Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita
laksanakan itulah yang mengubah kita."


Kata-kata Pujangga: "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."


: "Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai
impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."


Tidak ada komentar: